Friday, May 7, 2010

Bantuan Persekolahan & Sumbangan Kepada Saudara Baru

Putrajaya, 8 Mei 2010; Sumbangan yang kecil mungkin tidak bererti apa-apa tetapi amat bermakna kepada golongan yang memerlukan. Program 'Ahli dan AJK Turun Padang' adalah satu usaha berterusan PERKIM Cawangan Putrajaya dalam usaha membantu saudara-saudara baru, disamping usaha dakwah kepada non muslim.

Semalam sumbangan wang tunai telah disampaikan oleh Pengerusi PERKIM Putrajaya Ustaz Mohamad Nazir Zakaria kepada saudara baru Sdr Mohd Sham Abdullah yang baru memeluk agama Islam baru-baru ini. PERKIM sentiasa peka kepada keperluan golongan yang memerlukan bukan sahaja menjelang hariraya, ketika sesi awal persekolahan bahkan bila-bila masa apabila bantuan diperlukan.

"Adalah diharapkan kepada orang-orang yang berada dan syarikat-syarikat korprat dapat memberi sedikit sumbangan menerusi PERKIM cawangan Putrajaya untuk meneruskan usaha-usaha mulia ini sekaligus kita dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah ini dikalangan umat Islam sendiri apatah lagi saudara-saudara baru." ujar ust Nazir.

"Sebenarnya banyak program yang telah dilaksanakan dan sedang dirancang oleh PERKIM cawangan Putrajaya dan ia memerlukan dana yang tidak sedikit. Kita melihat hari ini umat Islam khususnya remaja amat dahagakan ilmu apalagi dalam suasana yang semakin mencabar hari ini. alhamdulillah minggu lepas pihak kita telah berjaya mengadakan program Kem Kesempurnaan Solat Remaja Putrtajaya dan sambutan amat menggalakkan". tambah Ustaz Nazir lagi.

No comments:

Post a Comment