Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa
pada percaturan hidup manusia. Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah
s.a.w, idola mukmin sedunia. Di dalam usaha melestari generasi Rabbani,
menunjang agama jua menggilap potensi
kini agar terus memiliki syakhsiah dan akhlak yang murni, sesuatu perlu
dilakukan.
Anak-anak generasi milenia kini semakin dicabar dengan
pendedahan pengaruh serta budaya barat. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari
ibu bapa dan masyarakat, anak-anak muda amnya para remaja dan khas buat remaja
yang masih bersekolah akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif yang
diperolehi dari budaya barat tersebut. Walaupun masih ada perkara positif yang
boleh kita peroleh, namun jiwa remaja yang lebih sukakan cabaran akan mendorong
mereka untuk memilih perkara yang mencabar dan negatif itu. Peringkat remaja
adalah tahap dimana mereka masih di dalam pencarian siapa diri mereka yang
sebenar dan ke mana hala tuju mereka.
Sehubungan itu, PERKIM Putrajaya selaku NGO yang menjadikan
kebajikan sebagai tema perjuangannya kepada masyarakat khususnya kepada remaja dengan
kerjasama Ummah Centre, sebuah badan
penyelidikan bebas telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan program yang
akan membimbing para remaja.Maka dengan ini, `Teen Talk 2’ kesinambungan
daripada program Teen Talk 1 adalah
modul yang sewajarnya kami bawa untuk program yang bakal dilaksanakan di Impian
Country Resort, Hulu Langat, Selangor. Program ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita
itu. Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang sentiasa
menunjang agama di setiap aspek kehidupan serta memiliki syakhsiah murni dan
terpuji.
OBJEKTIF
Mengumpulkan kembali dan
mengeratkan silaturahim peserta-peserta Teen
TalK 1 dengan PERKIM PutrajaYA.
Melahirkan peserta yang
memahami matlamat asal kewujudan sebagai seorang hamba melalui slot
pembentangan audio & video serta perkongsiaan pengalaman penceramah dan
fasilitator.
Mencungkil dan menghargai bakat
dan potensi diri peserta melalui aktiviti-aktiviti interaktif dan bersifat pembinaan kendiri.
No comments:
Post a Comment