Saturday, July 27, 2013

SUMBANGAN AIDILFITRI PERKIM PUTRAJAYA 1434H

PUTRAJAYA 26 Julai - Seramai 7 orang penerima orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim daripada sekitar Putrajaya menerima sumbangan bantuan Aidilfitri disampaikan oleh PERKIM Cawangan Putrajaya.

Sumbangan menerusi program Kami Prihatin PERKIM itu disampaikan oleh Pengerusinya, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria dalam satu majlis ringkas sejurus selesai solat sunat tarawikh dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Nazir di Surau Presint 8,  turut hadir ialah imam Surau berkenaan Ustaz Sobri.


"Pada tahun ini, pihak PERKIM Putrajaya telah dan akan menyumbang sumbangan dari masa kesemasa dan cara berperingkat di sekitar Putrajaya. Kelmarin sumbangan telah disampaikan kepada seorang anak yatim di pasar ramadhan Presint 2 dan In Sha Allah di Surau-Surau sekitar Putrajaya." Kata Ustaz Nazir ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bantuan kepada 30 penerima seperti yang dirancang itu disumbangkan oleh badan-badan korporat, syarikat swasta dan individu yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan, khususnya PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Majlis ini diadakan sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial PERKIM tanpa meminggirkan kebajikan mana-mana golongan di Putrajaya," katanya.

No comments:

Post a Comment