PUTRAJAYA 26 Julai - Seramai 7 orang penerima orang kurang upaya
(OKU), ibu tunggal dan anak yatim daripada sekitar Putrajaya menerima sumbangan
bantuan Aidilfitri disampaikan oleh PERKIM Cawangan Putrajaya.
Sumbangan menerusi program Kami Prihatin PERKIM itu disampaikan
oleh Pengerusinya, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria dalam satu majlis ringkas
sejurus selesai solat sunat tarawikh dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz
Nazir di Surau Presint 8, turut hadir
ialah imam Surau berkenaan Ustaz Sobri.
"Pada tahun ini, pihak PERKIM Putrajaya telah dan akan
menyumbang sumbangan dari masa kesemasa dan cara berperingkat di sekitar
Putrajaya. Kelmarin sumbangan telah disampaikan kepada seorang anak yatim di
pasar ramadhan Presint 2 dan In Sha Allah di Surau-Surau sekitar Putrajaya."
Kata Ustaz Nazir ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan.
Menurutnya, perbelanjaan untuk bantuan kepada 30 penerima seperti
yang dirancang itu disumbangkan oleh badan-badan korporat, syarikat swasta dan
individu yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan, khususnya PERKIM
Bahagian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
"Majlis ini diadakan sebagai melaksanakan tanggungjawab
sosial PERKIM tanpa meminggirkan kebajikan mana-mana golongan di Putrajaya,"
katanya.