Monday, August 22, 2016

CAMP 2016 ’Teen Talk’2 PEKIM PUTRAJAYA Tarikh: Sabtu-Ahad, 25 & 26 Julai 2016 Tempat: Impian Country Resort, Hulu Langat Selangor

Segala puji bagi Allah, Pentadbir alam buana, Penguasa pada percaturan hidup manusia. Segugus cinta buat junjungan tercinta Rasulullah s.a.w, idola mukmin sedunia. Di dalam usaha melestari generasi Rabbani, menunjang agama jua menggilap  potensi kini agar terus memiliki syakhsiah dan akhlak yang murni, sesuatu perlu dilakukan.

Anak-anak generasi milenia kini semakin dicabar dengan pendedahan pengaruh serta budaya barat. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari ibu bapa dan masyarakat, anak-anak muda amnya para remaja dan khas buat remaja yang masih bersekolah akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif yang diperolehi dari budaya barat tersebut. Walaupun masih ada perkara positif yang boleh kita peroleh, namun jiwa remaja yang lebih sukakan cabaran akan mendorong mereka untuk memilih perkara yang mencabar dan negatif itu. Peringkat remaja adalah tahap dimana mereka masih di dalam pencarian siapa diri mereka yang sebenar dan ke mana hala tuju mereka.

Sehubungan itu, PERKIM Putrajaya selaku NGO yang menjadikan kebajikan sebagai tema perjuangannya kepada masyarakat khususnya kepada remaja dengan kerjasama Ummah Centre, sebuah badan penyelidikan bebas telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan program yang akan membimbing para remaja.Maka dengan ini, `Teen Talk 2’ kesinambungan daripada program Teen Talk 1 adalah modul yang sewajarnya kami bawa untuk program yang bakal dilaksanakan di Impian Country Resort, Hulu Langat, Selangor. Program ini dicetus dan diilhamkan buat merealisasikan hasrat dan cita-cita itu. Semoga generasi yang bakal lahir adalah generasi Rabbani yang sentiasa menunjang agama di setiap aspek kehidupan serta memiliki syakhsiah murni dan terpuji.

OBJEKTIF

Mengumpulkan kembali dan mengeratkan silaturahim peserta-peserta Teen TalK 1 dengan PERKIM PutrajaYA.

Melahirkan peserta yang memahami matlamat asal kewujudan sebagai seorang hamba melalui slot pembentangan audio & video serta perkongsiaan pengalaman penceramah dan fasilitator.

Mencungkil dan menghargai bakat dan potensi diri peserta melalui aktiviti-aktiviti interaktif dan bersifat pembinaan kendiri.


Monday, May 23, 2016

Bantuan Sumbangan/Sedekah Bagi Ihya' dan Semarak Ramadhan 2016

Ramadhan bulan yang suci akan bersama kita tidak berapa lama lagi, namun ternyata pada ramadhan ramadhan yang lalu tidak sedikit di antara kita yang telah mensia-siakan waktu yang berharga selama Ramadhan dengan amalan-amalan yang kurang bermanfaat. Kesempatan kita untuk beribadah dibulan suci ini, alangkah baiknya kita berazam terhadap diri kita masing-masing agar kita senantiasa mendapatkan keutamaan-keutamaan selama dibulan Ramadhan. Amat banyak hadis Nabi s.a.w. yang menceritakan kelebihan dan keistimewaan Ramadhan, antaranya;

a) Ramadhan adalah penghapus dosa

Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh Abu Hurairah r.a.;

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat Imam Muslim)

b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan

Sabda Rasulullah s.a.w;

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ لَيلَةِ

“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru; “Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)

c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;

أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ: فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا الرَّاْبِعَةُفَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُفَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا، فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا مِنْ أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ.

“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, iaitu;


Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku. Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya. Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih wangi di sisi Allah dari bau kasturi. Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari dan malam. Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu dan kemuliaanKu”. Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”. (Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir r.a.)

d) Malam al-Qadar

Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ، وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ، سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr: 1-5)

Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya;

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ

“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)

Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan. Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah menegaskan;

لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا

“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)

Tahukah anda antara amal ibadah yang disukai oleh Allah dan RasulNya ialah menggalakkan kita bersedekah sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan yang mulia ini? 

Saya kongsikan petikan yang baca dari sebuah website ini, bertajuk DAHSYATNYA SEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

KEDERMAWAN RASULULLAH DI BULAN RAMADHAN

Di bulan Ramadhan khususnya sifat dermawan Rasulullah melebihi dan melebih-lebih dari bulan-bulan yang selainnya. Malah Rasulullah s.a.w yang paling pantas dalam setiap pemberian. masya Allah semoga kita juga dapat sedikit pun tak mengapa, memiliki sihat dermawan Rasulullah s.a.w.

Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)
Oleh itu, saya mengajak rakan-rakan pembaca, bersama-sama kami dalam mengimarahkan lagi program Iftar yang bakal dianjurkan pada Ramadhan 1437H ini. Apa yang kami perlukan daripada penyumbang ialah sama-sama menghulurkan sedikit bantuan semoga kita sama-sama memperolehi amal pahala bersedekah. ntara Program yang dirancang sempena Program Ihya' dan Semarak Ramadhan PERKIM Putrajaya tahun ini ialah:
v  Kebajikan

Ø  Edaran Bubur Lambuk
Ø  Sumbangan faqir Miskin
Ø  Sumbangan Anak Yatim/ saudara Baru
Ø  Iftar / Program Masjid dan Surau
Ø  Ziarah Ramadhan (orang Asli)

v  Pedidikan / Tarbiyah

Ø  Kuliah Subuh dengan tajuk Ramadhan/ al-Quran setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadhan.
Ø  Tazkirah berkaitan dengan ramadhan di Surau-Surau terpilih Contoh; Minggu 1- Peperangan Badar al_kubra, 2. Nuzul al-Quran, 3. Fath- al-Makkah, 4. Wilda dan Persiapan menyambut ‘Edul Fitri

Ø  Memperkasa halaqah Tadarrus. Contoh; Dengan memasukkan unsur tafsir selepas tadarus.
Ganjaran berlipat-lipat ganda saham akhirat
Sedekah => Sedekah bulan Ramadhan => Anak-anak syurga
Segala sumbangan bolehlah diberi dalam bentuk cek berpalang kepada PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA CAWANGAN PUTRAJAYA  atau  PERKIM CAWANGAN PUTRAJAYA dan dihantar kepada Bendahari Kehormat, Perkim Caw. Putrajaya, N0.13, JALAN P8B 1/2, PRESINT 8 62250 PUTRAJAYA WILAYAH PERSEKUTUAN. 
Sumbangan terus juga boleh dibuat ke akaun kami di Bank Islam, No akaun 16018010014343 atas nama  PERKIM CAWANGAN PUTRAJAYA
Masyaallah, semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki ke atas orang-orang yang telah menyumbangkan dana/bantuan kepada program kami supaya majlis program ini berjalan dengan lancar. Amiin

Wednesday, July 2, 2014

Majlis Berbuka Puasa 1435H Bersama Yang DiPertua PERKIM, Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad


Maklumat lanjut, layari laman sesawang PERKIM di :http://www.perkim.net.my/majlis-berbuka-puasa-bersama-yang-dipertua-perkim-y-bhg-tun-dr-mahathir-mohamad/

#perkim #perkimhq #perkimkebangsaan #mampu#kelabperkimuniversiti #mahathir #ramadan #ramadhan#puasa #majlisberbukapuasa #berbukapuasa#yangdipertuaperkim #tarawih #dewanmerakkayangan
— with YB Ds Shahidan KassimKelab Perkim Universiti MampuTun Dr Mahathir and 23 others at Dewan Felda Merak Kayangan,.

RAYUAN SUMBANGAN SEMPENA RAMADHAN KARIM

Marhaban Bihululi Ramadhan!




Dengan rendah hati saya Mohd Nazir Zakaria (Pengerusi PERKIM Putrajaya) mengajak Tan Sri Puanb Sri Dato Datin Tuan Puan untuk bersama dengan Perkim Putrajaya, menyambut dan menghidupkan RAMADHAN AL MUBARRAK tahun ini sebagai bulan ibadah dan dakwah.

Saban tahun setiap kali tibanya ramadhan, Perkim Putrajaya menganjurkan majlis berbuka puasa, sumbangan kpd fakir miskin, anak yatim, bubur kanji, dana kebajikan Perkim Putrajaya, qiamullail, ziarah dan sumbangan kpd. surau / masjid.

Sukacita pihak kami membuka ruang kpd Tan Sri Puanb Sri Dato Datin Tuan Puan untuk bersama-sama dan merayu sumbangan ikhlas untuk bersama-sama menjayakan program-program yang bakal dianjurkan dan semoga dihitungNya sebagai kerja jihad dan amal soleh.

Sumbangan bolehlah dibuat melalui akaun BIMB Putrajaya diatas nama PERKIM CAWANGAN PUTRAJAYA” acc. no.”16018010014343". (pohon sms nama, alamat, jumlah & tarikh sumbangan utk rekod dan resit 017-6978871).

YA ALLAH LAPANGKANLAH DADA KAMI DAN PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI KEPADA TAQWA!

Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan Kali Ke-53

 Mesyuarat Agung Tahunan PERKIM Kebangsaan 


Pada: 21 Jun 2014 (23 Sya'aban 1435 H)
Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat: Grand Ballroom, TH Hotel & Convention Centre, Alor Setar
Anjuran bersama: PERKIM Kebangsaan & PERKIM Bahagian Negeri Kedah


Saturday, July 27, 2013

SUMBANGAN AIDILFITRI PERKIM PUTRAJAYA 1434H

PUTRAJAYA 26 Julai - Seramai 7 orang penerima orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim daripada sekitar Putrajaya menerima sumbangan bantuan Aidilfitri disampaikan oleh PERKIM Cawangan Putrajaya.

Sumbangan menerusi program Kami Prihatin PERKIM itu disampaikan oleh Pengerusinya, Ustaz Mohamad Nazir Zakaria dalam satu majlis ringkas sejurus selesai solat sunat tarawikh dan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Nazir di Surau Presint 8,  turut hadir ialah imam Surau berkenaan Ustaz Sobri.


"Pada tahun ini, pihak PERKIM Putrajaya telah dan akan menyumbang sumbangan dari masa kesemasa dan cara berperingkat di sekitar Putrajaya. Kelmarin sumbangan telah disampaikan kepada seorang anak yatim di pasar ramadhan Presint 2 dan In Sha Allah di Surau-Surau sekitar Putrajaya." Kata Ustaz Nazir ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bantuan kepada 30 penerima seperti yang dirancang itu disumbangkan oleh badan-badan korporat, syarikat swasta dan individu yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan, khususnya PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

"Majlis ini diadakan sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial PERKIM tanpa meminggirkan kebajikan mana-mana golongan di Putrajaya," katanya.

Monday, February 4, 2013

dedikasi khas utk tersayang~


dulu dia adalah seorang isteri
dia adalah seorang teman..
dia juga seorang sahabat..
peneman duka..
peneman lara..
membuat hidupku lebih ceria..
dan dia juga seorang insan yg memberi kata semangat dan harapan..
ketika aku dibuai kelesuan..


sedari dulu dan hari ini
meskipun jarak dan hubungan telah memisahkan kita..
tapi kau tidak menjadikan itu satu alasan untuk meninggalkan aku seorang diri..
saat aku menangis,
engkaulah insan yang sudi menawarkan diri..
menyapu mutiara jernih yang mengalir di pipi ini..
menghapus kesedihan yang terpahat dalam jiwa..
menghapus keresahan di benak fikiran..
kerana engkau ingin sentiasa melihat aku mengukir senyuman..
meskipun aku tahu dalam hatimu........
ingin melihat aku lebih dari itu..


sejujurnya sahabat..
di awal perhubungan kita..
aku mula menyayangi dirimu
kekadang aku juga membenci dirimu..
kerana sentiasa membuat aku terasa hati dengan sikapmu..
sikapmu yang suka mengenakan diriku.....
dengan kata-kata dan perbuatanmu itu..
tapi rupa-rupanya
itulah cara yang kau lakukan untuk mendekatiku..
rupa rupanya itulah caramu menyayangiku....
baru aku mengerti semua itu
setelah aku tidak lagi bersamamu dari hari ke hari..


ketahuilah wahai sahabat..
aku bersyukur kerana mengenalimu..
mengajar aku erti persahabatan dan .......
dan kasih sayang..
gurau tawa sedu sedan kita bersama akan ku sematkan dalam hati..
menjadi memori terindah..
hingga ke akhir hayatku..
terima kasih sahabat............terima kasih mantan isteriku....AYANG!