Tuesday, September 13, 2011

Majlis Sumbangan Aidilfitri Berbuka Puasa Bersama Saudara Semuslim 2011 PERKIM PUTRAJAYA











PERKIM Putrajaya telah menganjurkan Majlis Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama saudara Semuslim pada 23 Ogos 2011 bertempat di rumah Pengerusi PERKIM Cawangan Putrajaya. Antara aktiviti yang di adakam ialah majlis berbuka puasa dan selepas solat maghrib sumbangan Aidilfitri diserahkan kepada seramai 30 orang penerima yang kesemuanya adalah saudara baru yang tinggal di Putrajaya.

Sebelum majlis sumbangan tersebut tazkirah pendek telah disampaikan oleh Pengerusi PERKIM Cawangan sendiri al-fadhil Ustaz Mohamad Nazir Zakaria.

Beliau menyentuh tentang hakikat penciptaan dan hidup manusia.

“Ketika manusia berada di alam roh dahulu, kita semua mengakui dan menyaksikan ketuhanan Allah. Namun apabila roh ituditumpangkan Allah dengan jasad manusia disamping segala keperluan dan kecukupan untuk hidup di atas dunia maka ada di kalangan manusia yang lalai dan lupa kepada tujuan dan maksud sebenar penciptaan mereka sebagai hamba Allah. Ujar Ustaz Nazir lagi

Tazkirah didengari dengan penuh kekhusyukan oleh para hadirin yang kesemuanya adalah saudara-saudara baru berserta dengan keluarga masing-masing.


“Kerana itulah Allah menurunkan peringatan (al-Quran) melalui lidah Rasulullah saw dan segala tindak tanduknya menerangkan dan menyeru manusia kembali kepada Islam iaitu kepada pengabdian diri kepada Tuhan yang pernah diakui ketika di alam roh dahulu. Alhamdulillah kita yang ada pada hari ini telah kembali kepada Islam dan melalui PERKIM ini kita akan melipatgandakan usaha-usaha dakwah kita kepada yang belum kembali agar mereka juga dapat merasai nikmat iman dan islam sepertimana kita. PERKIM juga akan berusaha memantau serta memberi sebarang khidmat bantuan sekadar kemampuan dalam menjaga kebajikan dan ilmu kepada saudara-saudara semuslim” katanya menyambung tazkirah yang disampaikan.


Sumbangan kali ini adalah atas ihsan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan juga Perbadanan Putrajaya yang turut menyumbang kepada PERKIM Putrajaya selain penyumbang-penyumbang yang lain.

Selepas Majlis penyerahan sumbangan, semua hadirin melaksanakan solat Isyak disusuli solat Tarawikh yang dipimpin oleh Pengerusi PERKIM Putrajaya.



No comments:

Post a Comment