Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat dan nasihat pengajaran yang baik, dan bahaskanlah mereka secara yang baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat petunjuk
Masyarakat Orang Asli merupakan masyarakat pribumi yang mendiami kepulauan semenanjung Malaysia. Mengikut sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.
Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.
Di Kelantan, terdapat 3 kaum Orang Asli yang mendiami negeri ini yang kebanyakannya terdapat di daerah Gua Musang, Jeli dan Kuala Krai. Kaum – Kaum tersebut adalah Kaum Temiar yang merupakan salah satu rumpun bangsa Senoi di mana ia merupakan kaum terbanyak di Kelantan yang mendiami daerah Gua Musang dan Jeli dan Kaum Jahai dan Bateq yang merupakan salah satu rumpun bangsa Negrito yang kebanyakannya mendiami daerah Jeli, Gua Musang dan Kuala Krai. Kebanyakan masyarakat Orang Asli di Kelantan tinggal di pedalaman di mana ia mengambil masa yang lama dan penuh mencabar untuk sampai di sesebuah kampong.
Perkembangan Islam
Perkembangan Islam dalam masyarakat Orang Asli bermula pada tahun 1980an apabila gerakan dakwah mula di giatkan ke kawasan pedalaman. Kebanyakan mereka yang memeluk agama Islam adalah hasil usaha para pendakwah yang tadak pernah letih dan jemu dalam usaha menyebarkan Islam. Pendakwah – pendakwah ini adalah terdiri dari pendakwah bebas, badan kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ( JAKIM ) , Majlis Agama Negeri dan Badan bukan kerajaan.
Di Kelantan situasi perkembangan Islam juga bermula di era tahun 80an di mana pihak yang memulakan kegiatan ini adalah pendakwah dari badan bukan kerajaan iaitu ABIM ( Angkatan Belia Islam Malaysia ) melalui unit Islamic Outreach ABIM ( IOA ), Majlis Agama Islam Kelantan ( MAIK ) , Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Kelantan ( JAHEIK ) dan JAKIM. Penyebaran Islam di kalangan masyarakat ini amat mencabar pada ketika itu di mana ketika era tersebut, kedudukan sesebuah pos atau kampong amat pedalaman sekali di mana perjalanan sebagai contoh bermula dari Bandar Gua Musang ke sesebuah pos atau kampong mengambil masa satu hari perjalanan kerana terpaksa meredah hutan dan melalui jalan – jalan balak. Tambahan pula, pada ketika itu masyarakat orang asli kebanyakannya berpindah randah dan ini amatlah menyukarkan.
Walaubagaimanapun kesukaran tersebut, Islam tetap Berjaya di sebarkan di kalangan masyarakat pribumi ini. Kebanyakan pendakwah samaada dari ABIM, MAIK ataupun JAKIM, mereka mengambil pendekatan memasuki kawasan pedalam sebulan sebanyak dua atau tiga kali. Dengan kekerapan tersebut sekarang hampir 70 peratus Islam telah tersebar di dalam masyarakat ini.
Jika dilihat, Dakwah adalah satu cabang ilmu yang dominan sifatnya. Keberkesanan dan kejayaannya bergantung kepada persembahannya yang mantap dan teruji. Oleh itu method serta pendekatannya haruslah praktikal. Aspek-aspek penting yang menyentuh persoalan pokok mengenai kehidupan, pemikiran, citarasa dan lain-lain unsur yang terangkum dalam alam budaya satu-satu etnik semestinya di fahami sebelum seseorang itu menampilkan diri di tengah-tengah kumpulan sasaran sebagai misi dakwah. Jika tidak sukar baginya untuk melaksanakan misi tersebut. Dalam kontek dakwah kepada kaum Asli, teknik dan pendekatan yang digunakan berbeza kerana suasana kehidupan, cara berfikir, persekitaran dan alam budaya mereka berbeza.
Mengikut buku Method Dakwah yang di keluarkan oleh MAIK, Terdapat 5 tahap pendekatan yang digunakan•
Tahap pertama : Mewujudkan suasana kemesraan yang erat dengan penduduk Asli. Sebagai contoh, Komunikasi menerusi pergaulan, Lawatan rumah ke rumah, Buat majlis jamuan dan sebagainya.Pada tahap ini soal agama tidak di sentuh.•
Tahap kedua :
- Pendakwah membuat intipan ke dalam hati kumpulan sasaran (Orang Asli) secara individu untuk mengenali samaada mereka punyai perasaan agama atau tidak.
- Dilakukan dalam perbualan tidak langsung dan semasa mereka kelihatan relaks.
- Contoh, Perbualan intipan:
1. Apa pandangan kamu jika dunia tidak ada Matahari?
2. Boleh jadi suatu masa seluruh tanaman di dunia ini mogok tidak mahu mengeluarkan buah. Waktu itu apa akan jadi pada manusia dan kepada siapa mengharapkan pertolongan?
- Soalan ini akan mencetuskan rasa ingin tahu di kalangan mereka dan ingin dapatkan jawapan sebenar.•
Tahap Ketiga :
- Mula menarik perbualan kepada isu agama dengan memperkenalkan apa sebenarnya agama Islam.
- Membuat perbandingan antara agama islam & agama-agama lain.
- Perlu menegaskan agama Islam adalah untuk semua bangsa.
- Nyatakan Islam itu mudah & tidak berlawanan dengan fitrah kemanusiaan yang sedia ada dlm diri mereka.
- nyatakan amalan-amalan/pelaksanaan terhadap amalan-amalan wajib (sembahyang, puasa dan lain - lain)
- Bagi yang baru memeluk Islam mereka belajar sedikit demi sedikit bermula dari bawah.•
Tahap Keempat :
- Setelah tahap 3 disempurnakan, pendakwah harus beri masa kpd kumpulan sasaran untuk berfikir & membuat analisa sendiri tentang agama (tempoh 3 hari atau seminggu bergantung pada keadaan & minat seseorang)
- Pada pertemuan berikutnya, pendakwah meninjau pandangan & komen mereka terhadap apa yang dibincangkan.
- Sekiranya jawapan positif, menunjukkan bahawa pintu utk memujuk mereka kpd agama Islam mula terbuka.
- Pendakwah harus lebih kerap mendampingi individu berkenaan utk memikat mereka kepad agama Islam.•
Tahap Kelima : Memaklumkan kepada pihak yang berkenaan spt Majlis Agama Islam untuk membuat lawatan dan penerangan khas kepada kumpulan sasaran yang mempunyai minat untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam dan berkecenderungan utk memeluk Islam.
Selain itu juga, di Kelantan, semua badan dakwah yang terlibat sepenuhnya dalam dakwah kepada masyarakat Orang asli akan bergabung tenaga dan sentiasa membuat mesyuarat penyelarasan bagi memantapkan lagi aktiviti– aktiviti dakwah ini
Program Susulan.
Setelah mereka di'islam'kan, menjadi tanggungjawab bersama untuk mendidik, membimbing & menerapkan asas-asas penting ajaran Islam tahap demi tahap. Kebiasaannya, mereka yang berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai Islam akan di bawa keluar dan akan mengikuti kursus asas secara formal. Di Kelantan terdapat Pusat Latihan dan Dakwah Orang Asli (PULDOA ) di bawah kelolaan ABIM melalui unit Islamic Outreach ABIM Kelantan yang bertujuan untuk memberi pendidikan tentang Islam kepada Orang Asli khususnya. Antara Program yang di laksanakan di laksanakan adalah seperti Kursus Asas Kefahaman Islam, Kursus Pengajian Islam dan Kursus Perguruan Fardhu Ain.
Kebanyakan kursus ini berbentuk jangka panjang dan semua pengajian dibiayai penuh oleh pihak PULDOA di mana dana pembiayaan adalah merupakan hasil bantuan orang ramai. Kebanyakan lepasan kursus ini akan menyambung pengajiannya di Institut Dakwah Islamiah Perkim dengan harapan semoga mereka dapat menjadi pendakwah untuk masyarakat mereka. Situasi ini merupakan permulaan bagi menggalakkan anak – anak orang asli memilih aliran pendidikan agama sebagai pilihan di sekolah menengah.
Selain itu juga, pihak MAIK juga memainkan peranan yang besar dalam menganjurkan kursus – kursus kefahaman Islam terhadap Orang asli. Selain daripada kursus terdapat juga program – program sususlan yang lain.
Antara program yang boleh diadakan :
Ø Adakan Program Amal
Ø Libatkan Mereka Dengan Tanggungjawab Sosial
Ø Adakan Majlis Penerangan Umum
Ø Adakan Pertemuan Individu
Ø Mengadakan Kursus Agama
Ø Memberi layanan baik
Ø Membimbing ke arah memahami & menghayati Islam
Ø Memberi pertolongan kebendaan
Ø Jemput ke majlis kenduri
Ø Ziarah
Ø Baktisiswa pelajar bersama masyarakat Orang Asli.
Cabaran dalam perkembangan Islam dalam Masyarakat Orang Asli.
Cabaran memang sudah tidak dapat dinafikan lagi dan menjadi asam garam dalam perjuangan dakwah dalam masyarakat orang asli. Antara cabaran yang di lalui adalah seperti jarak jauh dan cabaran meredah hutan belantara untuk ke sesebuah pos atau kampong orang asli, cabaran dari masyarakat sendiri di mana ada sesetengah mereka anti kepada agama islam. Sebagai contoh ada pihak agama lain yang memburuk – burukkan Islam dalam masyarakat orang asli, cabaran kewangan, dan lain – lain lagi. Namun semua itu dapat di atasi dengan bantuan Allah SWT.
Kesimpulan
Perkembangan positif dan penerimaan masyarakat orang asli terhadap agama Islam adalah begitu memberansangkan. Ini adalah hasil perjuangan yang tidak pernah jemu dan kombinasi antara semua badan dakwah dalam menyampaikan risalah Ilahi serta bantuan dari Allah SWT. Pihak kerajaan juga tidak kira pusat atau negeri sekarang telah mengambil berat tentang dakwah kepada orang asli. Semoga suasana ini dapat lagi di tingkatkan dan Islam terus berkembang subur dalam Masyarakat Orang asli. Semoga Allah s.w.t. memberikan kekuatan kepada kita untuk menjalankan kerja-kerja dakwah secara berkesan.
Rujukan :
- Kertas kerja seminar : Pendekatan Dakwah dan memahami psikologi Masyarakat orang asli, Dr Fariza Md Sham, dalam Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM
- Kertas kerja seminar : Pengalaman dan cabaran berdakwah kepada Orang asli, Dato’ Dr Hj. Abd. Razak b. Kechik, dalam Seminar Dakwah kepada Orang Asli Peringkat Kebangsaan Mei 2007, Anjuran Islamic Outreach ABIM
- Buku Method Dakwah, Majlis Agama Islam Kelantan- Tesis : Ilham b. Haji Daud(2006-2007) Praktikal Pengajaran Solat terhadap saudara baru Orang Asli : Satu kajian di Islamic Outreach ABIM Kelantan, Latihan Ilmiah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra.
No comments:
Post a Comment