Putrajaya, 1 Mei – PERKIM Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Surau al-Husna Fasa 12, Presint 9, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Angkatan Belia Cemerlang Putrajaya telah menganjurkan Kem Solat Remaja untuk remaja-remaja Putrajaya bagi membentuk kecemerlangan peribadi menerusi ibadah solat.
Program telah dirasmikan oleh Dato' Hj Nakhaie Hj Ahmad selaku Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan pada 30 April 2010 selepas Isyak. Dato Nakhaie dalam ucapannya menyentuh tentang kepentingan solat dalam membentuk peribadi muslim. Solat mampu mencegah manusia dari melakukan kerja-kerja maksiat.
Pengarah program yang juga Pengerusi Perkim Cawangan Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria berkata penekanan program yang diadakan di Surau al-Husna Fasa 12, Presint 9 itu menumpukan ibadah solat secara teori dan amali, mendidik anak-anak menunaikan kewajipan sebagai umat Islam dengan sempurna, membentuk keperibadian dan menghormati ibu bapa. Selain itu satu kaunseling khas oleh wakil dari Unit Agama IPD Putrajaya bertajuk "Solat : Remaja & Gejala Sosial" turut menarik minat peserta kerana mereka mendapat pendedahan luar biasa berkaitan masalah soasial yang berlaku di sekitar Putrajaya.
“Seramai 42 peserta yang terdiri daripada pelajar berumur 10 hingga 17 tahun menyertai kem kali ini manakala fasilitator terdiri daripada penuntut dari UKM,USIM,MMU” katanya.
Seorang peserta, Fathi Amir, 16, berkata program seumpama itu sememangnya baik dalam mendidik remaja menunaikan solat dengan lebih sempurna di samping membentuk nilai keislaman dalam diri peserta.
“Kem solat ini dapat mengisi masa cuti hari pekerja hari ini. Saya berharap akan menjadi lebih bertanggungjawab dalam menunaikan tuntutan Islam,” katanya yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Keb. Putrajaya 8 (1).
Ketua fasilitator bagi program ini, Khairul Anuar, mengharapkan program yang dilaksanakan selama sehari ini mampu membentuk peribadi peserta-peserta seterusnya mendisiplankan diri bagi menjadi pelajar yang bergelar muslim berkaliber.
Harapan barisan-barisan fasilitator lain juga adalah supaya program seperti ini mampu diteruskan dan menjadikannya sebagai program bulanan supaya pelajar-pelajar lebih mempraktikkan cara hidup islam yang telah diterapkan sepanjang sehari program dilaksanakan.
Para peserta sedang membuat praktikal cara mengambil wuduk yang betul.
No comments:
Post a Comment